Friday, May 4, 2012

Kenali Pokok : Padi (Oryza sativa)

Nama Saintifik: Oryza sativa
Keluarga: Poaceae
Morfologi: Padi biasanya ditanam sebagai tanaman tahunan. Di kawasan tropika, padi dapat bertahan meskipun cuaca tidak menentu. Tanaman padi boleh tumbuh setinggi 1-2 meter, kadang-kadang lebih bergantung kepada jenis dan kesuburan tanah. 



Daun padi berukuran 0.5-1.0 sentimeter lebar dan panjangnya sama dengan ketinggian pokok. Buah atau butir padi pada mulanya berasal dari bunga padi yang kelihatan berdebu dan melengkung ke bawah. Padi biasanya mempunyai Tangkai buah atau butir sepanjang 20-30 sentimeter.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...