Sunday, May 6, 2012

Kenali Pokok : Nota 3 - Sejarah Penyakit Tanaman 2

Sejarah Penyakit Tanaman 2

• 1840an
Serangan epidemik potato leaf blight berlaku. Pada peringkat awal penanaman, pertumbuhan tanaman kentang amat baik dan kelihatan menjanjikan hasil yang lumayan. Keadaan kelihatan amat membantu dalam pertumbuhan dan pembentukan umbisi kentang. Namun perubahan cuaca berlaku di utara Eropah dan Ireland. Cuaca bertukar mendung, kelembapan udara bertambah serta sejuk berterusan selama beberapa minggu. Tanaman kentang yang sebelumnya amat baik mula menunjukkan leaf blight yang bermula di bahagian daun dan pucuk seterusnya pada keseluruhan pokok dan akhirnya menyebabkan pokok tersebut mati.

Dalam hanya beberapa minggu, keseluruhan tanaman kentang di utara Eropah dan Ireland dijangkiti dan mereput menyebabkan para petani terkejut dan bimbang. Petani mula menggali semua kentang yang masih kelihatan sihat yang tinggal dan menyimpannya sebagai persediaan untuk menghadapi musim sejuk yang bakal tiba. Setibanya musim sejuk, para petani membuka ruang simpanan kentang dan mendapati semua kentang yang disimpan sedang mereput dan tidak boleh dimakan. Hal ini menyebabkan mereka kelaparan dan kebuluran dalam menghadapi musim sejuk. Kebuluran ini menyebabkan banyak rakyat Ireland yang mati. Pada musim sejuk berikutnya perkara ini berulang dan menyebabkan berlakunya kematian akibat kebuluran yang dianggarkan sebanyak 1.5 juta orang. Selebihnya berhijrah yang kebanyakannya ke Amerika Syarikat.


Mereka percaya bahawa ini adalah akibat kesalahan dan dosa yang dilakukan dan mereka mula merenjis holly water ke seluruh ladang kentang. Pertelingkahan pendapat berkaitan hal ini berlaku di kalangan mereka yang berpendidikan. Dr. Miles Berkeley, bagaimanapun menyedari kehadiran selaput (kulat) di permukaan kentang yang dipercaya kulat (Oomycetes) yang serupa tetapi tidak sama dengan apa yang dilihatnya pada bawang yang dijangkiti penyakit.

• 1861
Anton de Bary, seorang botanis German (Father of Plant Pathology) dapat membuktikan bahawa penyakit blight yang menyerang tanaman kentang adalah disebabkan oleh kulat. Beliau telah menanam dua umbisi kentang yang sihat dengan menginokulat salah satunya dengan kulat (Phytopthora infectans) dan satu lagi dibiarkan tanpa rawatan. Setelah melakukan beberapa siri ujian maka hanya kentang yang dirawat dengan kulat akan mengalami hawar dan seterusnya mati manakala kentang tanpa rawatan kekal sihat.

• 1870
Berlakunya epidemik yang melibatkan penyakit yang menyerang kopi dan memusnahkan industri kopi. Epidemik ini berlaku di Ceylon, Sri Lanka. Penyakit karat kopi disebabkan oleh sejenis kulat yang dikenali sebagai Hemilea vastarik menjadi masalah besar kerana menyebabkan kemusnahan menyeluruh terhadap industri perladangan kopi. Perebakan penyakit yang tidak boleh dikawal ini memaksa para peladang menukar perladangan kopi kepada perladangan teh.

• 1885
Penggunaan pertama racun kulat (Bordeaux mixture) adalah pada tahun 1885. Millardet mendapati bahawa daun vines yang disembur dengan campuran copper sulfate dan limau yang berwarna putih kebiruan kekal sihat, manakala daun yang tidak disembur dengan larutan tersebut telah mati. Setelah mencuba beberapa kombinasi campuran, pada tahun yang sama, Millardet mendapati bahawa campuran copper sulfat dan hydrated lime adalah efektif untuk mengawal penyakit downy mildew yang menyerang anggur. Campuran tersebut  seterusnya dinamakan sebagai Bordeaux mixture dan juga telah diuji berkesan untuk mengawal blight pada tanaman kentang. Bordeaux mixture telah digunakan melebihi 100 tahun dan merupakan racun kulat yang digunakan meluas di seluruh dunia untuk mengawal pelbagai penyakit.

• 1965
Merupakan tahun yang penting dalam kemajuan penggunaan racun perosak dan racun kawalan penyakit. Pada tahun ini racun kulat sistemik pertama diperkenalkan dan digunakan iaitu carboxin seterusnya diikuti dengan penemuan lain seperti benomyl.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...