Sunday, May 6, 2012

Kenali Pokok : Nota 2 - Sejarah Tanaman 1

Sejarah Penyakit Tanaman 1
 
• 370-286 S.M.
Theophrastus seorang yang digelar Father of Botany dengan karyanya The Nature of Plants dan Reasons of Vegetables Growth. Beliau adalah ahli falsafah yang pertama menulis berkaitan penyakit tanaman. Sumbangan beliau dalam pengetahuan terhadap penyakit tanaman tidak banyak dan dipengaruhi oleh kepercayaan masyarakat pada masa itu. Theophratus terkenal dengan kenyataannya yang percaya bahawa penyakit tanaman adalah pembalasan daripada Tuhan terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh manusia. “Plant disease is the wrath of gods”-Theophratus.

• Robigus
Robigus telah diyakini sebagai tuhan oleh penduduk Rom pada masa itu. Robigus dipercayai menjaga hasil tanaman bijirin daripada kemusnahan akibat serangan penyakit karat yang sering menyerang tanaman mereka. Untuk menjaga Robigus daripada marah dan memusnahkan tanaman mereka, masyarakat Rom telah mengadakan sembahyang khas serta melakukan korban untuk mengelakkan serangan penyakit. Cuti khas sempena menghormati Tuhan Robigus juga diperkenalkan dengan menjalankan acara mengorbankan anjing merah, musang dan lembu dalam usaha untuk menghargai Robigus agar tidak menjadikan penyakit karat untuk memusnahkan tanaman mereka.
• Mistletoe – Albertus Magnus
Tidak tercatat tarikh sebenar namun diyakini bahawa Mistletoe adalah parasit pertama yang dikenalpasti. Mistletoe adalah tumbuhan yang hidup menumpang pada ranting pokok besar dan bersifat parasit. Mistletoe hidup dengan membenamkan akarnya ke dalam dahan tumpangannya dan akan menyebabkan dahan membengkak. Albertus Magnus, adalah orang yang bertanggungjawab mengenalpasti bahawa mistletoe adalah parasit. Beliau juga telah mencadangkan kaedah kultura digunakan dalam mengawal mistletoe dengan melakukan pemangkasan.


• Pertengahan 1600an – Undang-undang pertama pencegahan penyakit
Walaupun mempercayai bahawa penyakit disebabkan oleh kemarahan tuhan (Robigus), beberapa petani Perancis yang melakukan pemerhatian mendapati bahawa tanaman gandum di sekitar semak barberry adalah lebih mudah dijangkiti penyakit berbanding kawasan yang jauh dari semak tersebut. Dengan itu mereka mempercayai bahawa penyakit
tersebut adalah berpunca daripada tumbuhan barberry yang kemudiannya berjangkit kepada tanaman gandum. Oleh itu, mereka juga telah mendesak kerajaan Perancis untuk meluluskan undang-undang pencegahan penyakit pertama yang memaksa tanaman barberry dihapuskan untuk melindungi tanaman gandum daripada dijangkiti penyakit.

• Anton van Leeuwenhoek (1632-1723)
Father of microscopy. Leeuwenhoek adalah orang yang menemui kaedah yang seterusnya mencipta mikroskop pertama dunia. Leeuwenhoek, adalah saintis Belanda yang memulakan penggunaan mikroskop untuk melihat tumbuhan dan mikroorganisma seperti kulat berfilamen, alga, protozoa, sel sperma, sel darah serta bakteria. Kemudian, dalam tempoh yang lebih kurang sama, Robert Hooke telah mencipta ‘double-lensed’ (kompaun mikroskop) yang digunakannya untuk mengkaji hirisan nipis gabus dan menggelarnya unit sel.

• 1729
Pier Antonio Micheli, seorang saintis botani Itali yang telah melakukan kajian terhadap kebanyakan genera kulat dan telah menghasilkan ilustrasi terhadap struktur pembiakan kulat-kulat tersebut.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...