Sunday, May 13, 2012

Kenali Pokok : Jatropha (Jatropha curcas)



Nama Saintifik:        Jatropha curcas
Keluarga:                Euphorbiaceaea
Morfologi:                Pokok jarak atau jarak pagar dikenali sebagai tanaman terbiar / semak yang beracun. Biasanya pokok ini mempunyai ketinggian sehingga 5 meter dan tergolong dalam keluarga Euphorbiaceae. Jarak merupakan sejenis tanaman bukan makanan yang diproses untuk mendapatkan ekstrak minyak. Pokok ini dipercayai berasal dari Amerika Tengah, dan tersebar  ke negara-negara tropika, subtropika, Asia dan Afrika.
Tujuan asal penanamannya adalah sebagai pagar hidup bagi melindungi kebun dan ladang daripada haiwan. Pokok ini tahan kepada keadaan kekurangan air atau kemarau. Biji benih merupakan hasil utama yang mengandungi 25-40 peratus minyak (rata-rata sebanyak 35 peratus) yang boleh diproses untuk menghasilkan bahan api biodiesel berkualiti tinggi untuk digunakan dalam mesin diesel standard.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...