Thursday, May 10, 2012

Kenali Pokok : Kenaf (Hibiscus cannabinus L.)


Nama saintifik:        Hibiscus cannabinus
Keluarga:                Malvaceae
Morfologi:                Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus cannabinus merupakan sejenis tanaman jangka pendek yang berasal dari Afrika (barat Sudan). Tanaman yang telah ditanam melebihi 4,000 tahun ini tergolong dalam famili Malvaceae dan berada di bawah genus Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman kacang bendi dan kapas. Secara morfologi, kenaf mempunyai kaitan yang rapat dengan tanaman roselle (Hibiscus sabdariffa). Kenaf boleh hidup subur di kebanyakan  tanah.
Namun di Malaysia kenaf merupakan alternatif kepada penggunaan tanah terbiar terutamanya tanah berpasir (Briss) Kenaf juga banyak ditanam secara komersial di China, Myanmar, India, Bangladesh dan Thailand. Di Malaysia, tanaman ini mula mendapat perhatian sebagai bahan mentah alternatif dan mesra alam bagi sektor industri berasaskan sumber hutan dan petroleum. Daun biasanya pada 10–15 cm panjang, memiliki banyak bentuk, dengan daun adalah pada batang. Bunga pula biasanya 8–15 cm diameter dan mempunyai warna kuning, kuning keputihan, atau unggu. pada bunga putih atau kunig keputihan bahagian tengah bunga boleh dilihat keungguan. Buahnya terbahagi kepada beberapa ulas yang bisanya setiap ulas mengandungi biji.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...