Tuesday, April 24, 2012

Kenali Pokok : Rambutan (Nephelium lappaceum)


Nama saintifik:     Nethelium lappaceum
Keluarga:              Sapindaceae
Morfologi:             Pokok adalah sederhana besar setinggi sekitar 20-30 meter. Berdaun majmuk dengan susunan berselang-seli. Sehelai daun ada 2-6 pasang anak daun sepanjang 5-25 sentimeter dan lebar 2-10 sentimeter. Bebarapa varieti rambutan boleh dikenali dengan daun majmuk. Mempunyai bunga yang sangat kecil dalam jambak yang besar di hujung kebanyakan ranting.
Pokok rambutan adalah jenis pokok yang mempunyai bunga dwijantina. Manakala buah adalah berbentuk bulat, bujur telur atau lonjong. Kulit diliputi bulu yang lembut sepanjang 0.5 - 2.0 sentimeter. Buah yang belum masak berwarna hijau, manakala buah masak mempunyai warna merah atau kuning mengikut varieti.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...