Monday, April 16, 2012

Kenali Pokok : Limau (Citrus madurensis L.)


Nama saintifik:     Citrus madurensis L.
Keluarga:              Rutaceae
Morfologi:          Ketinggian pokok limau biasanya ialah 2-5 meter. Terdapat duri pada batang, dahan dan ranting. Dahulu, pokok limau mempunyai banyak duri yang juga panjang, namun dengan kemajuan teknologi pembiakbakaan, kini duri pokok limau adalah lebih pendek dan lebih jarang berbanding varieti terdahulu.
Daun kelihatan hijau tua, sedikit berkilat atau berlilin dan saiznya pula biasanya dua hingga tujuh sentimeter panjang dan mempunyai lebar sekitar dua hingga tiga setengah sentimeter. Tangkainya tidak berbentuk bulat yang sempurna. Buahnya pula berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar menjadi hijau kekuningan atau kuning setelah masak. Terengganu adalah antara negeri yang terkenal dengan pengeluaran limau madu, namun industri tersebut hampir lumpuh pada tahun 2009 dan 2010 kerana serangan penyakit yang sukar dikawal.

Ketahui PENYAKIT PENYAKIT LIMAU dan pengurusannya
Sila Dapatkan Buku 
"PENYAKIT TANAMAN BUAH BUAHAN"
 Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...