Saturday, April 21, 2012

Kenali Pokok : Pisang (Musa L.)

Nama saintifik:     Musa L.
Keluarga:             Musacea
Morfologi:        Ketinggian pokok pisang biasanya pada 2-9 meter. Batang berbentuk silinder yang jika dipotong melintang, akan jelas kelihatan lapisannya. Pada bahagian pangkal terdapat umbisi yang merupakan tempat pertumbuhan anak benih baru yang akan membentuk rumpun. Daun berwarna hijau muda, hijau tua atau terdapat bintik merah, yang bergantung kepada varieti yang biasanya berbentuk tirus atau bulat di bahagian hujung.
Buah yang sedikit bengkok searah berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar kuning apabila buah masak. Bahagian bunga pisang lebih dikenali oleh penduduk tempatan Malaysia sebagai jantung pisang. Walaubagaimanapun, sesetengah varieti pisang, mempunyai kulit buah yang kekal hijau walaupun telah masak.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...