Sunday, April 22, 2012

Kenali Pokok : Pitaya (Hylocereus polyrhizus)


Nama saintifik:     Hylocereus polyrhizus
Keluarga:              (Varieti merah)
Morfologi:             Keseluruhan pokok berwarna hijau dan bersegi seperti kebanyakan pokok kaktus. Sedikit berduri berbanding kaktus biasa yang kebanyakannya bertujuan untuk hiasan. Di Malaysia lebih dikenali sebagai buah naga atau pitaya. Biasanya boleh tumbuh setinggi 1-2 meter.
Ditanam menggunakan pancang atau sokongan kerana keseluruhan bahagian pokok tidak berkayu dan lembut. Ranting yang berbentuk sama seperti batang akan dibiarkan bercabang di bahagian atas iaitu di bahagian hujung sokongan. Buahnya berbentuk bulat dan sedikit lonjong berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah atau kuning apabila masak. Terdapat tiga varieti utama iaitu merah, putih dan kuning.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...