Monday, April 23, 2012

Kenali Pokok : Mata Kucing / Longan (Dimocarpus longan malesianus)

Nama saintifik:     Dimocarpus longan
Keluarga:              Sapindaceae
Morfologi:             Pokok bersaiz sederhana besar. Mempunyai banyak ranting, berdaun lebat yang menutupi ranting dan batang seperti pokok rambutan. Daun majmuk yang kebanyakannya bertentangan. Buah berbentuk bulat yang biasanya bergaris pusat sekitar 3 – 4 sentimeter.
Kulit buah adalah berwarna hijau ketika muda dan bertukar perang kekuningan setelah masak. Isinya pula berwarna putih ketika muda dan berwarna cerah (lutsinar) setelah masak. Bijinya berbentuk bulat, berwarna putih ketika muda dan menjadi perang pekat atau hitam dengan sedikit putih setelah masak.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...