Saturday, April 28, 2012

Kenali Pokok : Khasiat Buah Delima

BUAH DELIMA;
Delima digelar 'superfruit' mengandungi antioksidan yang unggul di terajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kelenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.


Kajian menunjukkkan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payudara membentuk. Kajian juga menunjukkan delima merencatkan  pembentukkan sel cancer prostat.

Pengambilan delima yang berterusan boleh menghalang pembentukan plague daripada melonggok dalam saluran arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesetrol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 % dan membantu pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular, melambatkan nyanyuk atau penyakit Alzheimer.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...