Monday, April 23, 2012

Kenali Pokok : Kedondong (Spondias cytherea)


Nama saintifik:     Spondias cytherea
Keluarga:              Anacardiaceae
Morfologi:           Pokok kedondong dikategorikan sebagai pokok yang besar. Ketinggiannya boleh mencapai 25 - 45.5 meter. Mempunyai batang  yang besar serta ruang rimbun atau teduhan yang luas. Berdaun majmuk dengan 5 - 10 pasang daun, dan mempunyai panjang sekitar 9 – 15 sentimeter serta daun adalah berwarna hijau tua.
Buah pula ada yang bulat, tetapi kebanyakannya adalah lonjong. Panjang sekitar 4 – 9 sentimeter, lebar sekitar 2.5 - 8.5 sentimeter. Buah berwarna hijau sebelum masak dan hijau kekuningan setelah masak. Isinya berwarna putih ketika muda dan putih kekuningan setelah masak. Bijinya yang mempunyai duri yang lembut.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...