Sunday, April 22, 2012

Kenali Pokok : Durian Belanda (Annona muricata L.)


Nama saintifik:     Annona muricata L.
Keluarga:              Annonaceae
Morfologi:             Pokok bersaiz sederhana iaitu sekitar 3.5 – 15 meter. Mempunyai ranting yang banyak dan batang yang banyak cabang. Daun kelihatan memanjang dan saiznya sekitar 7.5-15.5 sentimeter serta kelihatan runcing pada bahagian hujungnya. Daun berwarna hijau dan tebal serta jelas kelihatan lapisan lilin di permukaannya.
Buah berkulit nipis dan berduri lembut. Kulit berwarna hijau semasa muda dan akan bertukar menjadi hijau kekuningan setelah masak. Isinya berwarna putih ketika muda dan kekal putih setelah masak.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...