Tuesday, April 17, 2012

Kenali Pokok : Betik (Carica Papaya)

Nama Saintifik:     Carica papaya
Keluarga:              Caricaceae
Morfologi:             Ketinggian pokok adalah sekitar 2.5-10 meter. Kebiasaannya memiliki satu batang tunggal (tanpa cabang) namun, terdapat juga pokok betik yang mempunyai cabang dan perkara ini jarang berlaku secara semulajadi. Batang berbentuk silinder dan mengeluarkan getah putih apabila luka. Bahagian tengah batang mempunyai rongga dan permukaan batang adalah kasar yang merupakan bekas peluruhan daun. Daun bersusun secara berpilin dan memiliki tangkai daun yang panjang. 


Bahagian dalam tangkai turut mempunyai rongga seperti batang. Daun berwarna hijau dan mempunyai urat daun yang sangat jelas, tidak berbulu dan nipis (mudah koyak). Buah berbentuk lonjong dan terdapat juga buah yang hampir bulat, berbentuk pir dan silinder. Buah berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning atau oren apabila masak.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...